Friday, June 6, 2008

PROTES SAMPAI TURUN!!!

Perhimpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Minyak

Tarikh: 12 Julai 2008 (Sabtu)

Masa: Jam 3 petang

Tempat: KLCC

Dianjurkan oleh: Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak (PROTES)

Rakyat Malaysia telah dikejutkan pada 4 Jun 2008 apabila kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen. Ini merupakan satu peningkatan 40.6% daripada harga sebelum ini.

Kerajaan BN juga telah mengumumkan satu polisi baru di mana pengguna kereta kurang daripada 2000cc akan diberi RM600 setahun sementara penunggang motosikal pula diberi RM120 setahun. Polisi baru ini adalah kononnya untuk membantu rakyat kurang berada. Namun demikian, jika perhitungan mudah dibuat, elaun ini jelas tidak cukup untuk menampung kos kenaikan yang begitu ketara.

Alasan utama yang diberikan oleh kerajaan adalah bahawa harga minyak di pasaran dunia semakin meningkat. Ini alasan yang buruk kerana Malaysia ialah sebuah negara pengekspot minyak. Peningkatan harga minyak di pasaran dunia sebenarnya menguntungkan PETRONAS meskipun harga minyak yang diimpot dari negara lain juga meningkat.

Mereka yang pro-kerajaan mungkin akan memberi statistik harga minyak tinggi di negara yang tidak menghasilkan petroleum (negara pengimpot). Jangan tertipu dengan helah ini! Jika dibandingkan dengan negara pengekspot minyak lain di dunia, Malaysia jelas mempunyai harga minyak tempatan antara yang tertinggi. Cuba lihatlah jadual ini:

Negara

Harga Seliter Minyak

UAE

RM1.19

Bahrain

RM0.87

Qatar

RM0.68

Arab Saudi

RM0.38

Nigeria

RM0.32

Venezuela

RM0.16

Di Venezuela, harga seliter petrol hanya RM0.16, manakala di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, UAE dan Qatar, harga seliter petrol di antara RM0.38-RM1.19. Wajarlah harga petrol negara kita berlipat ganda berbanding negara pengeskspot lain?

Rakyat Malaysia perlulah melakukan sesuatu untuk menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa kita tidak setuju dengan kenaikan harga minyak ini. Oleh yang demikian, PROTES menganjurkan satu perhimpunan aman yang akan diadakan bulan depan. Rakyat jelata mestilah turun beramai-ramai untuk membantah tindakan kerajaan BN yang tidak wajar dan membuktikan bahawa kuasa sebenar berada di tangan rakyat.

Marilah kita sama-sama membantah kenaikan harga minyak. Marilah kita PROTES SAMPAI TURUN!

11 comments:

Senandung Mendonan said...

Malaysian Rakyat Philharmonic Orchestra (MRPO). Coming soon in July. ;-)

enSid said...

Tahniah..
Malaysia sekali lagi mencatat Rekod Dunia.
Harga Minyak Termahal di kalangan Negara Pengeksport Minyak.
Malaysia Boleh.!!

Senandung Mendonan said...

Mungkin para pengelola boleh consider "HARTAL" sebagai "backup plan", seperti yang dicadang oleh sdr Amin Iskandar. Sambil itu boleh mengimbau sejarah Hartal PUTERA-AMCJA 60 tahun dulu.

KUDA TROJAN said...

Tak yah lah doh protes, mungkin dah takdir kita macam ni, nak buat macam mana.

http://kuda-trojan.blogspot.com/

ARWEN_my said...
This comment has been removed by the author.
ARWEN_my said...

Guys, i'm sorry to be a bit confused about this. i don't think you have make a smart move on this cz PETRONAS doesn't involved or control the gas price. Do not blame PETRONAS, cz the one you should blame is the government. Honestly guys, you will wasting your time. you should go to Putrajaya instead

Dhani said...

organize protes seluruh negara lah. protes utama kat KL. dan protest kecil-kecilan di setiap negeri. yang mana tak boleh pergi KL, boleh pergi protes kat negeri masing-masing. amacam?

ismat_yon said...
This comment has been removed by the author.
politicsisfun said...

Katanya "aman". Tapi tengok warna blog dah la merah. Pastu title dengan banner gila intimidating. Lirik lgu Rakyat tepi tu punyalah kontroversi (nak mengenakan pihak TU je)

Apa yang amannya?

Dapat bayang dah bagaimana keadaan perhimpunan "aman" 12 Julai ni nanti...

Unknown said...

nanti bila perhimpunan "aman" bertukar ganas, akan menyusahkan orang lain. dalam masa yang sama memberikan imej kurang sihat kepada negara kita.

am_yus said...

Apa ditakutkan perhimpunan Aman menjadi ganas....ianya tak kan kemana, ganas pada masa tu je, kenapa? menyusahkan orang lain ke? biar lah kerana ianya menyusah pada masa tu je...bukan nya lama. Tapi betul ke ganas...siapa sebenarnya yang buatkan ianya ganas, bukankah ada individu2 tertentu pencetus keganasan tersebut. Tapi 'pengumuman Aman' oleh kerajaan sekarang tentang kenaikan harga minyak dan kesan panjangnya kenaikan barang2 lain, yang akan berterusan naik, terus dan berterusan lagi... takkah ini lebih bahaya? Tidak kah ini lebih menyusahkan? Tidakkah ini lebih menekan kita?.... Apalah ada pada perhimpunan Aman ini...jika dibandingkan dengan Pengumuman Aman oleh kerajaan tentang kenaikan harga minyak....fikir2 kan lah...