Monday, June 9, 2008

Petrol naik..... apakah ada agenda lain?


Setelah Batu Putih diambil Singapura, maka heboh lah kita tentang Pulau Pisang tang tidak dijaga oleh tuannya, malah dibiarkan Singapura buat macam harta sendiri. Walhal perjanjian pengurusan rumah api di Pulau Pisang tersebut dimeterai sejak zaman Sultan Abu Bakar lagi.
Terdapat 2 persoalan di sini:


1.Sebagai bukan orang marin, saya tertanya2 apakah rumah api masih relevan pada zaman GPS ini? Kalau masih relevan, memandangkan rumah api yang ada ini sudah termasuk kategori antik, jadikan saja ia warisan negara atau kata lainnya sebagai muzium.
Oleh itu perlulah terlebih dahulu didirikan rumah api baru serba canggih yang diurus sendiri oleh Malaysia, kerana perjanjian urusan rumah api oleh Singapura hanya melibatkan rumah api yang ada sekarang.

2.Kenapa kerajaan Johor liat sangat untuk membenarkan Pulau Pisang ini dimajukan? Sedangkan tanah di pulau tersebut ada geran bermakna ada pemilik. Dulu heboh sangat dengan eco-tourism, kenapa tak diteruskan memandangkan fauna dan flora di pulau tersebut memang unik?
Atau apakah kita bersikap lewa kerana pulau ini tidak ada comercial value?
Atau ada agenda lain?

Cuba lihat peta di bawah. Kalau digabungkan Pulau Pisang dengan WPI dan Pulau Batu Putih, Singapura boleh melupakan saja projek reclamation yang giat dibuat untuk memperbesarkan tanah di pulau tersebut.


Pulau Pisang dalam kawalan Singapura, Pulau Batu Putih, hak Singapura, WPI pelaburan Singapura, ruang udara Johor dibenarkan untuk digunakan oleh Singapura, malah kalau tak salah ingatan saya kawalan udara di Selatan Johor juga masih dikawal oleh Singapura. Sudah terang lagi bersuluh. Hanya hati berkata2, bila lah UMNO nak tumbang. Kedaulatan Malaysia MESTI dikembalikan, keselamatan Malaysia mesti dijamin oleh pemerintah.

Kalau macam ini gayanya, saya tak yakin dengan keselamatan Malaysia di bawah kerajaan sekarang. Apatah lagi bila isu minyak dinaikkan harga dengan alasan menarik kembali subsidi. Walhal, apabila menyoroti berita dari oktober 2007 hingga hari ini, memang ura2 harga minyak nak ditarik sudah lama dicanang oleh UMNO. Sedangkan pada masa yang sama Petronas meneroka kawasan2 baru samada dalam negara atau luar negara dan mencatat untung berbilion RM. TNB juga mencatat untung bilion. TNB, kalau tidak menaikkan tarif pun tidak apa. Tetapi untuk mengukuhkan faktor kenaikan harga petrol, maka dicipta alasan bahawa TNB juga terpaksa menanggung kos bahan bakar, walhal TNB beroperasi dengan arang batu dan gas. Loji penjanaan letrik di Tanjung Bin masih lagi menggunakan arang batu. Namun begitu, satu projek raksasa iaitu membekalkan gas dari teluk Siam sedang dilaksanakan dimana kerja-kerja pemasangan paip sudah digerakkan.


Teluk Siam atau Gulf of Thailand ini disempadani dari mulut Sungai Chao Praya iaitu di Teluk Bangkok, Cape Bai Bung di selatan Vietnam hingga ke Kota Bharu, Kelantan. Adalah dipercayai minyak di Teluk Siam ini sangat banyak hinggakan di istilahkan sebagai Tasik Minyak, bukan telaga minyak.Teluk ini juga hanya 45m kedalaman yang mana kos operasi pengeluaran minyaknya nanti tidak akan memakan harga yang tinggi berbanding kos pengeluaran di laut dalam.

Memandangkan kawasan teluk ini masih dalam pertiakaian antara Malaysia dan Thailand, kedua2 negara bersetuju untuk melaksanakan joint developement bagi mengambil hasil bumi tersebut dengan penglibatan syarikat dari Amerika iaitu Triton.3 blok yang telah ditemui iaitu blok 17, 18 dan 19. Pengeluaran hasil telah dipersetujui pada asas 50-50 antara Malaysia dan Thailand. Memandangkan Triton mempunyai hak 100% ke atas blok 18, syarikat tersebut dibenar beroperasi pada asas pegangan 50-50 dengan Petronas.Kandungan gas di blok 18 ini sahaja dianggarkan 10 -12 triliion cubic feet yang merupakan salah satu kawasan kandungan gas terbesar di dunia pada dekad 1990. Saluran paip gas akan menghubungkan blok 18 dengan Songkla bagi fasa pertama di mana gas akan dijual kepada Malaysia. Saluran paip gas dari Songkla akan dibina hingga ke Singapura dimana ia akan membekalkan janakuasa2 elektrik dengan sumber gas, termasuk janakuasa di Tanjung Bin.

Jadi apabila projek ini berjalan sepenuhnya, Tanjung Bin mungkin tidak akan bergantung lagi kepada arang batu. Namun persoalan yang boleh dikaitkan ialah, kenapa Singapura? tidak bolehkah paip iti hanya tamat di Malaysia, di Kota Bharu atau di Kerteh saja, tanpa terus ke Singapura.

Bertitik kepada fakta2 yang mencurigakan apabila menyelidiki kaitan antara Blok 18 di Teluk Siam dan projek pembekalan gas fasa pertamanya dengan kewujudan WPI, Pemilikan Batu Putih oleh Singapura dan kawalan Singapura ke atas Pulau Pisang, mahu tidak mahu saya merumuskan seolah2 ada satu grand design yang menuntungkan Singapura dalam apa jua kes.
Ditambah lagi dengan faktor2 agen Singapura sebagaimana didedahkan oleh Tun Mahathir, perakuan oleh pemimpin Singapura bahawa kerajaan sekarang 'mesra Singapura' serta pengakuan PM bahawa isu2 tertunggak tidak penting untuk dibincangkan dengan singapura, saya rasa pihak Pakatan Rakyat perlu menggesa kerajaan mendedahkan isu sebenar disebalik kenaikan harga petrol ini.

Alasan penarikan subsidi untuk pembangunan adalah congak kira2 yang terlalu simple dan terlalu banyak point untuk dipertikaikan. Kerajaan dengan 'good governance' tentu mempunyai jalan keluar yang lebih baik dari mebebankan rakyatnya dalam kemelut petrol ini, melainkan ada agenda tersembunyi.Harap PR berbuat sesuatu demi keselamatan dan kedaulatan negara kita.

sebahagian rujukan:

http://www.aapg.org/explorer/2001/08aug/gulfofthailand.cfm

http://www.iht.com/articles/2008/02/19/business/thaigas.php

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_26.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

http://www.petronas.com/internet/corp/centralrep2.nsf/frameset_news?OpenFrameset

4 comments:

Orang Sabah said...

Tahniah atas kesungguhan saudara mengujudkan laman ini. cuma satu saja komen dari saya, boleh tak tukarkan warna merah "back ground" laman web saudara ke warna lain. Supaya tidak kontra dengan mata kita semasa membaca.

Terima Kasih
Ikhsan

Unknown said...

menarik hasil tulisan saudara ini. tapi persoalannya mampukah PR menunaikan semua janji mereka, ataupun semua itu hanyalah janji kosong sahaja.

Orang Sabah said...

Terima kasih kerana warna "background" dah di tukar.

am_yus said...

Tahniah juga ..inti penulisan yang penuh dengan fakta dan data. Seperti maxtor kata "persoalannya mampukah PR menunaikan janji mereka ataupun itu hanya janji kosong". Mampukah kita menjawabnya, sudah pasti tidak kerana perkara akan datang kita tidak tahu, .. tetapi kita ada akal fikiran, boleh berfikir boleh menganalisa. Jika jawapan pendek yang diperlukan, maka jawapan nya ialah soalan anda tidak releven sebab itu perkara akan datang. Tetapi berdasarkan senario semasa pada pengamatan saya yang bukan ahli ekonomi, dan bukan jugak ahli politik, kerajaan sekarang perlu diberi laluan untuk berundur...benarkan PR membuktikan kata-kata mereka...jika mereka gagal jugak, tetapi ada peningkatan dan mereka yang terbaik pada masa itu, teruskan pemerintahan... tak mungkin dalam masa empat tahun boleh mencapai semua perkara tetapi KPI nya ada untuk mengukur performance PR samada kita undi lagi atau tidak, apa ditakutkan yang bertukar hanya kerajaan, pelaksananya orang yang sama, kakitangan kerajaan tetap kakitangan kerajaan kakitangan swasta tetap kakitangan swasta..mereka2 ini pelaksana, cuba kita keluar dari kepompong ketakutan yang tidak bersebab, kerajaan adalah umno(BN) dan umno(BN) adalah kerajaan. Kalaupun kita menolak UMNO (BN)sekarang bukan kerana benci sebab tidak dapat tidak kita perlu menyanjungi jasa2 UMNO (BN) sejak merdeka. Kita lakukan kerana kita sayang pada generasi akan datang..biar generasi akan datang respect pada ayah atau atuk mereka ini yang bijak menilai...fikir2kanlah