Tuesday, June 10, 2008

Demo PROTES diseluruh negara

Semenjak kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan bakar, beberapa siri demonstrasi dan protes rakyat telah dianjurkan diseluruh negara.

Demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan mendapat sambutan daripada rakyat daripada pelbagai kaum.

Tindakan kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM 1 telah menyebabkan kenaikan harga barang sekaligus menyebabkan penderitaan rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Apakah nasib "golongan marhaen" yang tidak mempunyai kereta dan motosikal?

Mereka tidak mendapat pempasan "rebate" yang diberikan kepada pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Sedangkan mereka juga terpaksa membayar harga barang keperluan asas dengan harga yang mahal.

Seorang teman memberitahu saya hari ini di Ipoh, hanya dua buah bas yang mahu berangkat ke Kuala Lumpur.

Beliau terpaksa menunggu dengan begitu lama sebelum mendapat bas untuk ke Kuala Lumpur.

Apakah sistem pengangkutan awam tidak terjejas dengan kenaikan harga bahan bakar ini?

Jika anda juga mempunyai gambar dan berita mengenai aktiviti PROTES di kawasan anda, sila emailkan kepada protes2008@gmail.com.

Amin Iskandar

Di bawah ialah aktiviti protes sepanjang minggu lalu:

PROTES di Pulau Pinang


Selepas solat Jumaat 6 Jun 2008, satu protes rakyat dibuat berikutan tindakan Kerajaan Bn menaikan harga minyak secara mendadak. Protes seramai 500 orang rakyat ini diketuai oleh Sdr.

Amizuddin Ahmad dan Sdr. Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Pusat). Turut serta ialah beberapa ketua - ketua pertubuhan bukan kerajaan termasuk YB Tn HJ Malik Kasim Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Protes selama 40min ini yang di isi dengan laungan slogan dan ucapan pimpinan berakhir dengan gangguan polis yang meminta semua bersurai. Ini berbeza dengan demo perkauman yang ditaja oleh UMNO yang diadakan di tempat yang sama tanpa gangguan polis sedikit masa lalu.
Kemudian di Pulau Pinang juga ke esokan harinya SABTU terjadi PROTES sepontan.Walaupun hujan lebat ketika itu namun kerana kemarahan dan rasa kecewa rakyat, perhimpunan tetap mendapat sokongan.



PROTES di Seremban




Jumaat 6 Jun 2008, seawal 10 pagi perhimpunan yang di anjurkan oleh PAKATAN di Negeri Sembilan telah dimulakan.

Perhimpunan dimulakan dengan slogan dan ucapan pimpinan. Ramai anggota polis tanpa seragam hadir dan perhimpunan yang mendapat respon baik dari pengunjung dan peniaga pasar ini berakhir dengan aman kira kira 1 jam 30 minit kemudian.

cheGuBard juga turut berucap sebelum perhimpunan diakhiri dengan ucapan YB Antony Loke, ahli Parlimen Rasah. Ini merupakan 'pemanas badan' perhimpunan terbesar rakyat Negeri Sembilan 14 Jun ini di Negeri Sembilan dan 12 Julai ini di Kuala Lumpur.

Tentatif Program PROTES di Negeri Sembilan

Tarikh : 14 Jun 2008 (SABTU)

3.00 petang : pengedaran risalah dan sidang media di hadapan bangunan Umno Negeri Sembilan

4.30 petang : solat Asar berjemaah di Masjid Negeri

5.30 petang : pengedaran risalah di Senawang

7.30 malam : solat Maghrib di Masjid Bandar Senawang

8.30 malam : Himpunan Perdana Rakyat NS membantah kenaikan harga Minyak bersama Ybhg. Mohd Sabu, YB Tian Chua, YB Dr. Hatta, YB Antony Loke, YB Taufek dan cheGuBard serta pimpinan PAKATAN NS

No comments: