Kuala Lumpur, 5 Jun- Ribuan orang akan digerakkan untuk menyertai protes membantah kenaikan besar harga minyak di Menara Berkembar Kuala Lumpur pada jam 3 petang 12 Julai.
![petrol price increase protest group pc 050608 01 petrol price increase protest group pc 050608 01](http://media1.malaysiakini.com/127/97369750ec7c8b284a83ac77eeca40c7.jpg)
"Kami percaya, dengan kenaikan drastik harga minyak, kami akan mendapat sokongan rakyat...
"Ini tidak sama dengan perhimpunan anjuran Bersih. Ia akan lebih besar. Impaknya juga akan lebih besar," kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli dalam sidang akhbar hari ini.
Hatta menjelaskan bahawa Menara Berkembar KLCC dipilih sebagai tempat protes tersebut kerana ia merupakan ibupejabat syarikat minyak negara, Petronas.
Menurutnya, Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas sepetutnya digunakan untuk meringan beban rakyat, akibat kenaikan harga minyak.
![petrol price hike protest 2 100306 klcc petrol price hike protest 2 100306 klcc](http://media1.malaysiakini.com/36/19e767317c76698e269dd6efd6697375.jpg)
Kenaikan harga minyak itu adalah antara langkah drastik kerajaan untuk menangani kenaikan subsidi minyak, yang dijangka mencecah RM56 bilion tahun ini.
Selepas membuat pengumuman tersebut, Abdullah berharap rakyat Malaysia tidak mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga bahan api itu.
No comments:
Post a Comment