Dari Malaysiakini
Gabungan Anti-Inflasi (Protes) akan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), meminta pesuruhjayanya hadir dan memantau perhimpunan aman anjuran Protes, membantah kenaikan harga minyak pada 6 Julai ini.
Katanya, ia selaras dengan hak untuk mengadakan perhimpunan secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perhimpunan tersebut akan diadakan di Padang Timur , Petaling Jaya, Selangor.
Menurut satu kenyataan Protes, memorandum tersebut akan diserahkan kepada Suhakam pada jam 12 tengahari esok.
Pada mula perhimpunan tersebut dirancag di adakan di KLCC pada 5 Julai.
Bagaimanapun, tempatnya kemudiannya ditukar di Jalan Timur, Petaling Jaya pada hari berikutnya - 6 Julai - supaya lebih ramai rakyat menyertainya.
Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli sebelum ini dilaporkan berkata, kawasan tersebut dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes.
Beliau juga dilaporkan berkata, kawasan itu juga, amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya.
Orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.
Pihak penganjur mensasarkan untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes tesebut, termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Dianggarkan 3,500 petugas akan membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kami Dari Terengganu, dok leh gi....
Nak sewa bas sekolah, hari 6 julai tu sekolah...nak gi kereta sendiri..minyak naik.....kenapalah buat 6 Julai ahad?Buatlah sabtu....Kami memang nak Pergi tapi sayang sejuta kali sayang...Lagi pun hari tu kerja, nak cuti?lepas ni nak cuti ke Sanglang lagi.....apa kan daya....
Post a Comment