Tuesday, July 1, 2008

Pakatan: Teruskan Protes 6 Julai

Dari Malaysiakini

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan tuduhan panas, Pakatan Rakyat menggesa semua pihak menumpukan isu kenaikan harga minyak - khususnya menyertai perhimpunan bantahan Ahad ini.

"Kami menyeru rakyat Malaysia agar tidak hilang fokus terhadap permasalahan sebenar yang memberikan kesan kepada kehidupan harian iaitu kenaikan harga minyak yang telah dibuat tanpa kewajaran," kata tiga pemimpin utama PKR, DAP dan PAS.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 raja lautDalam kenyataan bersama hari ini, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata pakatan itu "mengulangi sokongan penuh" kepada kegiatan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes).

Gabungan badan bukan kerajaan dan parti pembangkang itu akan berkumpul 10 pagi 6 Julai di Padang Timur, Petaling Jaya - di depan kompleks membeli-belah Amcorp Mall - sehingga malam untuk mendesak kerajaan menurunkan harga minyak yang dinaikkan awal bulan ini.

"Pakatan Rakyat akan turut hadir bersama gabungan Protes ... untuk memberi sokongan penuh kepada rakyat," kata mereka.

Tambah kenyataan itu, Pakatan percaya bahawa laporan polis yang mendakwa penasihat PKR meliwat seorang pembantunya "tidak lebih daripada pengulangan pertuduhan tahun 1998 bagi menghancurkan karier politiknya".

wan azizah pc on anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608 01"Ia dilakukan sebagai tindak balas kepada kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat," kata mereka.

Ketiga-tiga ahli parlimen itu juga mengulangi kebimbangan Anwar semalam bahawa nyawanya dalam keadaan terancam.

"Anwar juga percaya terdapat cubaan yang mengancam nyawa beliau sehingga memaksa beliau meminta perlindungan di kedutaan negara luar.

"Pihak berkuasa perlu mengambil segala tindakan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan beliau dan memberikan peluang sewajarnya untuk beliau mempertahankan diri bagi dakwaan kali ini," tambah mereka lagi.

Perbicaraan sedekad lalu, kata mereka, menyebabkan "kredibiliti kerajaan pusat akan hilang di mata rakyat, keyakinan pelabur akan terjejas dan nama Malaysia di mata dunia akan tercemar."

"Oleh itu kami menyeru agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap dakwaan ini," kata Dr Wan Azizah Lim dan Nasharudin lagi.

1 comment:

Anonymous said...

zorro has a different opinion...

http://zorro-zorro-unmasked.blogspot.com/2008/07/its-ok-people-you-can-call-me-coward.html