Showing posts with label Aktiviti Minggu Ini. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Minggu Ini. Show all posts

Tuesday, June 10, 2008

Demo harga minyak di Terminal One Seremban 14 Jun ini - Protes Negeri Sembilan

Wan Nordin Wan Yaacob (Harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan minggu lalu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak, sementara banyak himpunan aman telah dan akan diadakan.

Terbaru, Sekretariat Gabungan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) peringkat Negeri Sembilan yang diketuai oleh, Zulkefly Mohamad Omar menyatakan komitmen akan mengadakan himpunan aman pada 14 Jun ini.

Dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan di Seremban semalam, jawatankuasa bersetuju dengan Himpunan Aman yang bakal diadakan di Terminal One, Seremban pada 14 Jun 2008.

Antara yang hadir dalam mesyuarat itu semalam ialah, pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook, sayap Pemuda Parti-Parti Politik Pakatan Rakyat (KeADILan, DAP, PAS) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Dalam mesyuarat tersebut Sekretariat Protes Negeri Sembilan merakam jutaan terima kasih atas penghormatan yang diberikan oleh Protes Pusat yang telah memilih Negeri Sembilan sebagai negeri pertama dalam 'Roadshow Protes; di seluruh negara bagi membantah kenaikan harga minyak.

Menurut Zulkefly, Sekretariat Protes Negeri bersetuju untuk mengadakan himpunan aman ini diadakah di hadapan Kompleks membeli belah di Terminal One Seremban.

Ketika ditanya berhubung keselamatan orang ramai semasa himpunan aman ini, Zulkefly yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berjanji himpunan ini akan berjalan dengan aman jika tidak ada provokasi dan tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini PAS pernah menganjurkan himpunan aman tanpa sebarang gangguan, dan buktinya Himpunan Aman yang diadakan di Pasar Besar Seremban berjalan dengan aman dan semua orang yang hadir bersurai dengan baik dan selamat.

Zulkefly setersunya berharap peristiwa 28 Mei 2006 di KLCC tidak berlaku di mana tindakan ganas serta zalim pasukan polis simpanan persekutuan (FRU) dalam menyuraikan perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak.

Beliau juga berharap pihak keselamatan dapat memberi kerjasama kepada rakyat untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan minyak yang memberi kesan kepada semua pihak tidak kira latarbelakang politik kepartian.

Bagi pihak Sekretariat Protes Negeri Sembilan Zulkefly merasakan perlu untuk meneruskan bantahan aman bagi menyedarkan rakyat mengenai implikasi kenaikan harga minyak dan tarif elektrik yang baru diumumkan.

Selain daripada itu, beliau difahamkan kebanyakan syarikat-syarikat multinasional yang melabur di Negeri Sembilan melahirkan rasa gusar berikutan kenaikan harga minyak yang begitu mendadak.

Keadaan ini jika tidak di kawal bagi mendatangkan mudarat yang lebih besar seperti pekerja-pekerja industri akan kehilangan kerja akibat penutupan kilang-kilang yang ada, katanya.

Anti-fuel hike roadshows begin Saturday

Andrew Ong (Malaysiakini)

The Coalition Against Inflation (Protes) is launching their nationwide roadshows condemning the sharp hike in fuel prices starting this Saturday in Seremban.
MCPX
Protes spokespersons would be issuing a short public statement at the Terminal One shopping mall to mark the start of the campaign at 3pm.

A host of NGO representatives and Pakatan Rakyat elected representatives from the federal and local level would then distribute leaflets at the shopping mall.

“The climax of the launch would be the ceramah in Taman Jasmin, Senawang in the evening where a strong lineup of speakers will be sharing their views on the shocking hike in fuel prices,” said Badrul Hisham Shaharin, who is part of the organising committee for the Seremban roadshow.

seremban pakatan fuel hike protest 110608An application for a police permit was made last Friday and a reply is expected soon.

Since 2006, the Protes coalition - consisting of 57 NGO and five opposition parties - have been organising a series of activities against rises in utility, fuel and toll charges.

Through a series of roadshows throughout the country, the coalition seeks to rally 100,000 people to a mass demonstration in Kuala Lumpur on July 12 against the recent hike in fuel charges.

Police probe

In a related development, police have recorded statements from several Pakatan elected representatives from Negeri Sembilan yesterday over a demonstration in Seremban last Friday.

Among those who have had their statements recorded included state assembly opposition leader Loke Siew Fook (Lobak), assemblypersons Wong May May (Mambau), Cha Kee Chin (Bukit Kepayang), P Gunasekaran (Senawang), Chai Tong Chai (Chuah) and PAS Negeri Sembilan chief Zulkifli Omar.

According to Loke, the demonstration jointly organised by Pakatan Negeri Sembilan took place for one hour at the Seremban market involving some 100 people.

“It was peaceful. We dispersed on our own after making our stand known,” he said, adding that Seremban district police were investigating a report filed by their own officers.

Loke expressed surprise that he was called in for questioning and said that the police action may be a form of intimidation as the Seremban-leg of the Protes roadshow was around the corner.

“This is my second term as an elected representative. Before this, I was involved in many protest before. They were all peaceful and we dispersed peacefully after that.

“In all of those instances, the police had never taken statements from me before, nor had the police lodged a report against us. This is the first time my statements were taken over a peaceful assembly,” he stated.

Pelancaran Roadshow PROTES Ke Seluruh Malaysia Bermula Di Negeri Sembilan

Pada: 14 Jun 2008, Sabtu, Jam 2.30 Petang

Tentatif Acara

3.00 petang :
Pengedaran risalah dan sidang media di hadapan bangunan Umno Negeri Sembilan

4.30 petang :
Solat Asar berjemaah di Masjid Negeri

5.30 petang :
Pengedaran risalah di Senawang

7.30 malam :
Solat Maghrib di Masjid Bandar Senawang

8.30 malam :
Himpunan Perdana Rakyat NS MemPROTES Kenaikan Harga Minyak
(Bertempat: Di Taman Jasmin, Senawang, Negeri Sembilan)
Bersama :
  1. YBhg. Mohd Sabu (Penggerak Demokrasi/PAS)
  2. YB. Tian Chua (Ahli Parlimen Batu, KeAdilan)
  3. YB. Dr. Hatta (Ahli Parlimen Kubang Kerian, Jurucakap PROTES Pusat)
  4. YB. Antony Loke (Ahli Parlimen Rasah, DAP)
  5. YB. Taufek (ADUN Paroi)
  6. CheGuBard (KeAdilan)
  7. Serta Pimpinan PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Pertanyaan Sila Hubungi :

Azizi, jurucakap PROTES NS di +6012-369-6474

Demo PROTES 13 Jun 2008

banner diambil dari http://harimau-menaip.blogspot.com/

Semua rakyat yang tidak berpuas hati dengan tindakan drastik kerajaan menaikkan harga bahan bakar dijemput hadir.

Masa telah tiba untuk kita memperjuangkan nasib diri kita sendiri.

Jangan biarkan diri anda terus ditindas.

Ajak teman dan sanak saudara untuk bersama.

Untuk disebarkan......