Saturday, June 28, 2008

6 ditahan protes harga minyak

Dari Malaysiakini


Polis menahan enam orang peserta program berjalan secara aman membantah kenaikan harga minyak di ibu negara hari ini.

Mereka yang memakai baju berwarna merah, berjalan dari beberapa lokasi di Kuala Lumpur menuju ke kompleks membeli belah Sogo mulai jam 3 petang tadi.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan untuk menghalang perarakan tersebut.

Program tersebut dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) dan disertai oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pemuda PAS dan DAP.

Ia turut disertai oleh badan-badan bukan kerajaan termasuk Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) dan Youth For Change.

Menurut Harakahdaily, mereka yang ditahan ialah Presiden Ikrar, Mustafa Mansor; Setiausa AMK Pusat, Zulfiqar Ali Arifin; Setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid; Setiausaha AMK Batu, Norsharizal Abd Razak; ahli Anwar Ibrahim Club (AIC), Mohd Herman Muhammad; dan 'Bob' juga ahli AIC.

Mereka dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk disoalsiasat. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin turut berada di hadapan balai polis berkenaan.

Friday, June 27, 2008

Menjelang 6 Julai 2008... Apa yang anda harus lakukan...

Oleh Chegubard

Kenaikan minyak kali ini benar - benar mendera rakyat. Rakyat amat memahami dengan kenaikan harga bahan api global tetapi apa yang rakyat kecewa ialah rakyat terus tertipu. Minyak naik kerana pembaziran, pemborosan dan amalan korupsi yang tidak terbendung lagi. Tidak perlu berhujah panjang dalam hal ini sebab telah banyak hujah yang terutara.... rakyat marhaen mengeluh di bawah... sekarang cabaran buat semua rakyat ... BERHENTI MENGELUH AYUH RAKYAT BANGKIT DAN TUNJUK KEKUATAN !!!!!

Bersama jayakan Perhimpunan PROTES Aman sejuta Rakyat Malaysia, 6 Julai 2008, di Padang Timur (depan AmcorpMall), Petaling Jaya.

Apa yang kita boleh lakukan...
  • Cetak risalah di bawah ini sebanyak mungkin dan sebarkan ! cetak dalam bentuk handbill (A4 potong empat dan poster untuk ditampal A3)
  • warna merah sebagai warna PROTES kali ini. Pakailah riben merah , kemeja merah, tali leher merah dan seumpamanya .... jika ditanya kenapa jangan segan maklumkan persiapan ke arah 6 Julai.

siapa nak dapatkan t-sirt PROTES sambil menyumbang. Keuntungan jualan t-shirt akan diperuntukan untuk menjayakan program tersebut.Dapatkan t-shirt PROTES RM15 (+RM5 belanja pos). Hantar wang pos cek atas nama Mohd Hailman Bin Mohd Jamil serta makluman tempahan (alamat sendiri) dan hantar ke alamat No. 1114, Jln 22, Tmn. Jasmin, 70450 Senawang Seremban. (017 6875448)

kami memerlukan sumbangan untuk membuat banner dan poster.... kepada sesiapa yang nak menyumbang sila berhubung atau sms 0176688404 (cheGuBard), 0123696474 (Azizi)... sumbangan dalam bentuk bantuan mencetakhandbill, poster dan banner (bayar bill), kain merah / Putih, cat /spray merah, tajaan tshirt, reben merah, belon merah dan seumpamanya.

Sebarkan juga mulai hari ini sms : Berhenti mengeluh! Ayuh bsama PROTES Aman 1juta Rakyat 6.7.08 Petaling Jaya.

Wednesday, June 25, 2008

Pastikan Anda TURUN 6.7.08

KENYATAAN MEDIA PROTES


Sekretariat PROTES telah mendapat panggilan daripada ramai pihak yang inginkan kepastian berkaitan tarikh sebenar bagi Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat. Justeru, kami sekali lagi ingin mengulangi bahawa PROTES telah menetapkan satu TARIKH MUKTAMAD bagi himpunan ini iaitu :

6 Julai 2008 ( 6.7.08) Bersamaan Hari Ahad
Jam 9 Pagi
Bertempat Di Padang Timur, Petaling Jaya, (Berhadapan Amcorp Mall)
Selangor

Justeru, PROTES menegaskan bahawa tiada lagi sebarang pindaan tarikh bagi Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat ini.

Persiapan ke arah perhimpunan ini sedang giat berjalan lancar dan pihak penganjur telahpun menyediakan pelbagai pengisian menarik kepada para peserta himpunan yang datang dari seluruh negara.

Segala bentuk pengisian himpunan itu nanti adalah selari dengan matlamat PROTES untuk memaklumatkan rakyat darihal isu berkaitan harga minyak, pengagihan kekayaan Petronas, salah guna kuasa dan salah tadbir urus kewangan negara yang menatijahkan keadaan di mana rakyat menjadi mangsa kerakusan dan kelemahan pentadbiran yang ada.

Pidato penerangan ini akan disampaikan oleh Pemimpin-Pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan juga Pemimpin Badan-Badan NGO yang bergabung di dalam PROTES.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa PROTES sedang berusaha untuk membawa semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi Kerajaan Pakatan Rakyat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat ke acara Himpunan Aman ini bagi membuktikan kepedulian dan kebersamaan mereka dalam memahami derita dan perit jerih rakyat kesan akibat kenaikan harga minyak yang begitu mendadak pada 4 Jun 2008 yang lepas.

Sebagai reaksi terhadap isu semasa berkaitan harga minyak yang dibahaskan di Parlimen baru-baru ini, PROTES berpandangan bahawa Kerajaan dan Ahli-Ahli Parlimen BN jelas mengkhianati mandat dan kepercayaan rakyat bila mana meluluskan satu usul yang menyokong langkah kerajaan menaikkan harga minyak yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 yang lepas.

Tindakan tersebut tidak dapat diterima rakyat dan jelas merupakan satu lagi taktik murahan untuk mereka memancing perhatian dan pemahaman rakyat kononnya di samping usaha memaksakan legitimasi palsu (tidak popular) ke atas tindakan Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga minyak.

PROTES melihat usul tersebut sengaja dibentangkan dan dibahaskan dalam Parlimen semata-mata meredahkan kemarahan rakyat atas keputusan unilateral Perdana Menteri selepas beberapa MT UMNO sendiri mengesahkan bahawa kenaikan harga minyak tidak pernah dibincangkan sama ada di dalam Mesyuarat MT UMNO mahupun Mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Justeru, usul tersebut bukannya untuk kebaikan rakyat tetapi merupakan satu usaha paksa bagi memulihkan kepercayaan rakyat, penyokong serta pemimpin BN sendiri kepada Abdullah Ahmad Badawi yang senantiasa konsisten untuk tidak konsisten dalam janji-janjinya.

Sehubungan dengan itu, PROTES menggesa seluruh rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak ini tanpa mengira ideologi politik masing-masing agar TURUN pada 6.7.2008 (678) nanti untuk menunjukkan protes mereka yakni “Protes Rakyat” atas tindakan tidak berperi kemanusiaan pihak pemerintah.

Akhirnya, PROTES sekali lagi mengulangi pendirian tegasnya bahawa hak berhimpun dan meluahkan perasaan adalah hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 10. Justeru, rakyat tidak harus dihalang daripada mempraktikkan hak mereka yang jelas dijamin oleh Perlembagaan negara.



t.t

Sekretariat PROTES

26 Jun 2008, Khamis
Kuala Lumpur

Minyak untuk Anak, Subsidi untuk Menantu, Tunai untuk Singapura (Bahagian 1)

Oleh anakbulan

a



Dulu kena duti, sekarang tarik subsidi.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia hanya menanggung subsidi minyak untuk rakyatnya bermula tahun 2004. Mungkin ramai juga yang tidak menyedari bahawa sejak 1974 hinggalah ke tarikh itu, setiap orang yang membeli minyak di pam telah membayar duti jualan yang mencecah hingga 90% ke atas harga pasaran sebenar dunia bagi setiap liter petrol.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh orang kuat Petronas, Tan Sri Hasan Merican dalam temubual bersama pengamal media yang disiarkan oleh semua saluran TV kerajaan baru-baru ini. Menurut beliau, pada tahun 1983 rakyat Malaysia membayar RM1.15 untuk seliter petrol. Harga tersebut termasuklah duti jualan sebanyak 50 sen atau 77% ke atas harga pasaran sebenar iaitu 65 sen seliter.

Pada tahun 1984 pula, rakyat Malaysia membayar RM1.10 untuk seliter petrol. Harga tersebut termasuklah duti sebanyak 52 sen atau 90% ke atas harga pasaran semasa pada ketika itu iaitu 65 sen seliter.

Menurut beliau lagi, kerajaan hanya mula menghentikan pengenaan duti jualan petrol pada tahun 2004. Sejak itu, bagi setiap liter petrol yang dibeli di pam, struktur harganya adalah termasuk komponen subsidi yang ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan hasil keuntungan operasi Petronas.

Berdasarkan maklumat tersebut -dengan andaian pemahaman saya betul dan Tan Sri Hasan Merican tidak merapu semasa temubual tersebut- saya ingin mempersoalkan di manakah kebenaran tuduhan juak-juak Umno selama ini yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia ketagih subsidi minyak?

Timbul juga persoalan, berapakah jumlah duti yang telah dikutip dalam tempoh tersebut? Ke manakah ianya dibelanjakan? Berapakah pula jumlah yang dilaburkan semula? Jika ia memang dilaburkan semula, maka berapakah jumlah keuntungan terkumpul sehingga ke hari ini?

Jika keputusan pelaburan semula itu adalah satu kerugian, maka sewajarnyalah juak-juak UMNO yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sewajarnya.

Tidaklah patut rakyat dipaksa dengan zalim untuk membayar harga minyak yang lebih mahal sedangkan berdasarkan perkiraan kewangan dan ekonomi, jumlah duti yang mereka bayar dahulu semasa harga minyak masih murah sepatutnya menjadi pelindung nilai (hedge) dan digunakan semula untuk membiayai subsidi minyak untuk rakyat di kala harga minyak di pasaran dunia meningkat begitu drastik.

Bukankah kerajaan sendiri menyeru supaya rakyat menyimpan semasa senang sebagai persediaan dalam menghadapi waktu kesempitan?

Justeru, dalam situasi mencabar pada hari ini, rakyat Malaysia sebenarnya telah membuat simpanan untuk menghadapinya iaitu dengan membayar duti jualan petrol di pam sepanjang tempoh 1974-2004.

Siapakah pula yang berhak menghalang mereka dari menggunakan semula simpanan mereka itu di saat-saat harga minyak naik menggila ini - dalam bentuk subsidi.

Atas justifikasi tersebut, saya secara peribadi, telah membakulsampahkan semua alasan yang diberi oleh juak-juak UMNO dalam mewajarkan kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter pada 4 April yang lalu.

Bercakap bohong sebahagian SOP UMNO

Tiadalah gunanya juga untuk mempersoalkan pembohongan-pembohongan juak-juak UMNO sejak sebelum PRU12 yang lalu. Ramai yang menghantar email menunjukkan kenyataan-kenyataan akhbar dan tulisan serta ucapan yang keluar dari mulut pemuka-pemuka UMNO yang menjamin bahawa harga minyak tidak akan naik selepas PRU12.

Tidak berguna lagi menyesali diri kerana telah menelan bulat-bulat semua pembohongan-pembohongan tersebut. Dolah Badawi, Najib Glokal, Muhyidin dan Shahrir Samad -sekadar menyebut beberapa nama- semuanya telah berbohong!

Bukannya kita tidak pernah diberi amaran. Namun, sikap sambil lewa dalam menginsafi peringatan-peringatan tersebut telah menyebabkan menteri-menteri kabinet Malaysia telah menjadikan penipuan dan pembohongan sebagai sebahagian dari SOP di setiap kementerian yang mereka terajui.

Kenduri doa selamat raikan harga minyak naik

Adalah disyorkan supaya setiap cawangan UMNO di seluruh negara menganjurkan kenduri doa selamat dan kesyukuran. Tumbangkanlah lembu, kerbau dan kambing.

Bukankah ianya patut diraikan bersempena kejayaan maha hebat Dolah Badawi, Kamaluddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin menaikkan harga minyak sehingga 100% jika dibandingkan dengan harga yang diwarisinya dari Mahathir iaitu RM1.35 seliter?

Janganlah pula disebalik kemeriahan berkenduri itu, puteri-puteri UMNO turut ditumbangkan, dilapah dan dikendurikan sekali. Tidak larat pula nanti hendak melihat statistik kes-kes buang bayi meningkat lagi tahun ini.

Rahmat kepada rakyat negara pengeluar minyak lain, bala kepada rakyat Malaysia

Untuk meredakan sedikit keresahan yang bergejolak di hati, saya habiskan beberapa ketika untuk meneliti angka-angka. Manalah tahu angka-angka yang telah dikeluarkan oleh EPU dan BNM dapat menukarkan status kata-kata juak-juak UMNO dari pembohongan kepada azimat atau kata-kata keramat!

Hairan juga bila melihat pengikut-pengikut kelompok sekular ini begitu lahap 'minum air basuh kaki' pemuka-pemuka UMNO sedangkan mereka sememangnya tahu bahawa kaki-kaki itu bukan sahaja disaluti lumpur dan debu, malahan telah dicelupkan ke dalam lubang najis yang sudah maksimum kapasiti penggunaannya.

Menurut menteri Barang Naik (BN) dari JB (Jenayah Banyak), jumlah subsidi minyak dianggarkan sebanyak RM27 bilion untuk tahun 2008. Dengan kenaikan kejam baru-baru ini, dianggarkan RM17 bilion dapat dijimatkan (baca diselitkan ke poket menantu PM).

Amat menghairankan, disaat negara-negara pengeluar minyak lain meraikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia sebagai rahmat dari Tuhan, kerajaan Malaysia pula memberitahu rakyatnya bahawa mereka sedang ditimpa bala bencana dan musibah maha dahsyat.

Di saat negar-negara pengeluar lain bergembira dengan mengagihkan semula keuntungan jualan hasil minyak kepada seleruh rakyat mereka dalam bentuk langsung dan tidak langsung, kerajaan Malaysia pula bertindak kejam dengan menarik balik subsidi minyak dan menarik semula segala peluang untuk rakyatnya menikmati anugerah Tuhan ini.

Dalam konteks ini, pakar ekonomi dan monetari hairan dengan ketidakcekapan kerajaan dalam menguruskan rizab negara yang dilaporkan telah mencecah RM400 bilion. Ini membawa kita kepada suatu kebimbangan lain; iaitu adakah angka rizab tersebut benar-benar wujud di dunia nyata ataupun hanya tempelan atau angka yang wujud dari ketidakpatuhan kepada konvensyen perakaunan dan audit antarabangsa.

Apakah pula yang akan terjadi sekiranya angka-angka tersebut adalah satu pembohongan?

Berapa orang pula yang akan mati mengejut akibat serangan jantung, seandainya satu hari nanti dibuktikan bahawa kantung negara benar-benar kosong akibat dikendurikan oleh Kamaluddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin?

Dari Singapura ke UAE, dari Jeddah ke Brazil, kita dapat melihat kerajaan-kerajaan tersebut melaburkan semula hasil dan rizab mereka secara efisyen melalui pelbagai saluran GLC dan sovereign funds. Pukul rata mereka berjaya memperolehi sekitar 10%-20% keutungan bersih tahunan dari pelaburan-pelaburan tersebut.

Berdasarkan senario itu, mengambilkira bahawa Khairy jamaluddin tidak campur tangan, bukankah pelaburan semula rizab negara itu akan membawa pulangan sekurang-kurangnya sekitar RM40 bilion setahun? Tidakkah jumlah ini sahaja sudah mencukupi untuk tujuan subsidi. Kita belum lagi memperkatakan tentang keuntungan bersih Petronas di luar negara sebanyak RM80bilion dan rizab tunai Maybank sebanyak RM34 bilion yang difaraidkan oleh Khairy Jamaluddin kepada kawan-kawannya di Sorak Financial Group Ltd. dan Temasek Holdings.

Bersambung ke bahagian 2 sedikit masa lagi.

Monday, June 23, 2008

Tempahan T-Shirt Rasmi PROTES



Termasuk topi, pen, button badge, vest , payung dan lain-lain.
Untuk tempahan sila hubungi :

Along 019-6183959
Kassim 013-3871964
Bob 017-3284830
Anis Sofian 019-2357231

Harga T-Shirt : RM 12- RM15 (Mengikut Kualiti)

Friday, June 20, 2008

POSTER PROTES

klik untuk gambar lebih besar
The organiser has come out with the official poster for distribution. We welcome the people to print and distribute this out so that the information will be spread around more efficiently.

Thank you.

Pihak penganjur PROTES 2008 telah mengeluarkan poster rasmi untuk edaran umum. Kami mengalu-alukan semua pihak untuk mencetak dan mengedarkan poster ini agar informasi dapat disebarkan dengan lebih berkesan.

Terima Kasih.

Thursday, June 19, 2008

New date, venue for huge anti-price hike rally

Organisers have made changes to the date and venue of the planned mammoth anti-fuel price hike rally which was planned to be held in Kuala Lumpur on

MCPX
July 5.

The rally will instead now take place the following day, July 6, a Sunday, at the Jalan Timur field in Petaling Jaya. This is the second change in date for the rally. It was first planned to have been held on July 12.

Making the announcement today at the PAS headquarters, Dr Hatta Ramly of the Anti-fuel Price Hike Protest Coalition (Protes) said the changes were to encourage more people to participate.

It would also not disrupt businesses at KLCC, a well-known shopping and commercial area at the heart of Kuala Lumpur, added the PAS Kuala Krai MP.

opposition reveal toll concession 040107 hatta ramli"There is a wide vacant field at Jalan Timur and it would be apt for the rally to be held there so that traffic congestion can be avoided as well to provide sufficient security for the participants.

"It is also a strategic and convenient location for those using the federal highway and it is also close to an LRT station," said Hatta (right).

Hatta said that he anticipates rally participants to start congregating at 10 am for various activities that the organisers have planned including talks by leaders from Pakatan Rakyat.

He also said that Protes will not be applying for a police permit claiming that they do not need to do so as ‘the gathering is a peaceful one’.

The police, nevertheless, have been informed of Protes’ plans and he expressed hope that police would provide help in controlling the traffic situation.

"We will also have our own people on stand by to help ease the anticipated traffic situation on that day," said Hatta.

Youth urged to join

PKR Youth chief Shamsul Iskandar Md Akin, who was present at the press conference, asked young members of the public to join in the rally.

He said that it was important for them to join as the issue of the fuel price hike was a matter that affected everyone and that included the youth.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 30Protes has in the past organised numerous rallies to protest against the government’s decision to increase the price of fuel.

Past gatherings, however, would be considered small when compared to the one planned for July 6.

Last week, Protest organised a peaceful anti-fuel price hike rally at Kampung Baru which saw some 2,000 people participating (left). The march ended without any untoward incident.

That rally and several to be held before and on July 6 are to protest the recent whopping 41 percent hike in fuel prices by the government resulting in pump prices hitting RM2.70 per litre from RM1.92 previously.


From Malaysiakini.

6 Julai: Tarikh baru protes harga minyak

Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.

Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.

dr hatta ramli 01Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya

Pertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.

Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu.

"Satu kawasan lapang di Jalan Timur dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes.

"Ia satu kawasan yang amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya," katanya.

Sewa bas


Dr Hatta berkata, orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.

protes sejuta rakyat oil protest poster 190608Katanya, sasaran untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes boleh dicapai kerana ia disertai oleh rakyat seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Saya dimaklumkan rakyat di pantai timur sudah mula menyewa bas untuk menyertai protes tersebut," katanya lagi.

Dr Hatta berkata, beliau berkata, Protes tidak akan memohon permit polis kerana menurutnya ia merupakan satu perhimpunan aman.

Bagaimanapun, katanya, penganjur ada memberitahu polis mengenai perhimpunan tersebut dan berharap mereka boleh membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas.

"Kita juga menyediakan 3,500 petugas untuk membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

shamsul iskandar mohd akin pkr youthSementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang hadir sama dalam sidang media tersebut mengajak anak-anak muda menyertai protes tersebut.

Katanya, kenaikan harga minyak adalah merupakan isu negara yang memeberi kesan kepada semua orang.

Dari Malaysiakini.