Tuesday, July 15, 2008

Debat Bersejarah Anwar-Shabery

Jul 15, 08 11:19pm
sumber: Malaysiakini.com
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek mengambil bahagian dalam perdebatan bersejarah mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam ini.

Perdebatan tersebut yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.

Ia bermula jam 9 malam dan berakhir selama sejam.

Orang ramai menonton secara langsung perdebatan tersebut di Internet melalu Global Media Channel dan BernamaTV - atau di TV yang disiarkan oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV.

Perdebatan tersebut bermula dengan Anwar dan Shabery, masing-masing diberi masa empat minit sebagai pembuka bicara. Ia diikuti dengan soalan dari moderator, Datuk Johan Jaafar yang juga pengerusi DBP.

Kemudiannya dua ahli panel yang masing-masing mewakili Shabery dan Anwar bertanya soalan kepada kedua-duanyanya. Mereka ialah Editor Siasah, Zulkifli Sulong dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Nordin Kardi.

Anwar berkata kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40 peratus sekarang, kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurun harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat.

Dengan itu, katanya, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugiaan.

Di samping itu, katanya, lebih banyak lagi dapat diselamatkan jika dapat dikurangkan kebocoran yang berlaku, termasuk RM700 juta akibat kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel.

Menurutnya, kerajaan juga boleh memperuntukan RM1 bilion daripada dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak.

Berdasarkan cadangan tersebut, katanya, harga petrol boleh diturunkan sebanyak 50 sen kepada RM2.20 selitar."Saya minta dengan baik dan ikhlas, betulkan ini, kita boleh jimat ini," katanya.

Dalam ucapan pembukaannya, Anwar menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringan beban rakyat akibat kenaikan kenaikan mendakwa harga bahan bakar tersebut.

Menurutnya, pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.

Shabery pula menjawab kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 selitar dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.

Lagi pula, tambahnya, harga minyak dipengaruhi oleh faktor global. Beliau mengimbau krisis global pada 1973-74 di mana rakyat menyokong tindakan Tun Razak Hussein menubuhkan Petronas, tetapi mendakwa Anwar membantah, sepertimana yang dilakukannya sekarang.

Menurut Shabery lagi, jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntung orang berada dan juga rakyat asing. Oleh itu, katanya, mengapa tidak wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya.

Menurutnya lagi, Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.

Anwar bagaimanapun berkata, negara ini tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.

Menurutnya, kenaikan mendadak harga minyak telah membebankan golongan miskin dan yang terpinggir dan meningkatkan lagi beban hidup mereka.

Tambahnya, Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat inyak tertinggi dari segi keuntungannya.

Bagaimanapun, katanya, Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan 50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu. Malah, katanya, kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja.


Shabery kemudiannya menarik perhatian hadirin ke negara Venezuela dan Iran, yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi. Tetapi di Malaysia, katanya, kerajaan berjaya menangani krisis makanan, malah menurutnya harga beras di negara ini lebih murah dari Thailand. Jadi katanya tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan.

Anwar pula menegaskan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak, menghasilkan RM360 juta kepada negara. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara.

Shabery kemudiannya membangkitkan bahawa IPP wujud ketika Anwar dalam kerajaan, dan mendakwa bekas menteri kewangan itu mempertahankan kontrak mereka ketika itu.

Malah, katanya, Anwar menggunakan kaedah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk cuba menangani krisis pada 1997-98. Tambahnya, walaupun rakyat dalam kesukaran, tetapi mereka masih cukup untuk makan.

Anwar pula bertanya mengapa kerajaan memungkiri janji pilihanraya untuk tidak menaikkan harga minyak. Sebaliknya, kata beliau, kita harus melihat Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport minyak.

Shabery kemudiannya menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara utama pengeluar minyak dan menurutnya hanya 26 peratus keuntungan Petronas datangnya dari sumber tempatan dan syarikat minyak negara itu menggunakan keuntungannya untuk mencari minyak di luar negara. Dan Petronas kini muncul sebagai sebuah syarikat minyak terkemuka.

Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenai. Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan.

Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi yang menanggung kerugian adalah Petronas dan TNB.

Katanya, kebocoran dan kronisme boleh ditangani dan menjimatkan sejumlah RM3 bilion. Malah, kata Anwar lagi, tindakan menaikkan secara mendadak harga minyak adalah preskripsi IMF.

Oleh itu, katanya, adalah satu fitnah untuk mengatakan bahawa beliau tunduk kepada kehendak IMF sewaktu krisis ekonomi pada 1997-98.

Anwar berkata, terdapat dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar kepada kerajaan tahun ini, dan mengapa tidak boleh diambil RM1 bilion untuk mengurangkan harga minyak.

Wednesday, July 9, 2008

Imbasan Protes Rakyat 2006-2008(Pt 1)


MINYAK NAIK KUASA BELI KITA SUSUT 40%

Dilulus terbit pada Thursday, July 10 @ 00:57:54 MYT oleh greenboc Oleh Mchinese

"Apabila minyak di naikkan lebih 40%, Harga seliter petrol adalah RM2.70 seliter, Purata kenderaan kita adalah 1 liter 12 kilometer kereta kita boleh bawa. Untuk orang Kuala Lumpur satu hari purata perjalanan adalah 120 kilometer, Maklumlah pergi kerja, lepas tu hantar anak dan ambil anak dari child care, Pergi rumah orang tua, pergi pasaraya beli barang keperluan dan terutamanya traffic jam.Maknanya 120 kilometer sehari kita memerlukan 10 liter petrol sehari, Maknanya kita terpaksa berbelanja RM 27 ringgit sehari untuk petrol sahaja, Darab dengan 31 hari, Sebulan kita kena belanjakan RM837 untuk petrol sahaja!

Kita tolak orang miskin yang berpendapatan rendah, Kita ambil orang Malaysia yang berpendapatan sederhana. RM 2000 sebulan ok tak? RM 2000 - 837= $1163 tinggal saje. Boleh ke kita hidup dengan RM 1167? harga makanan naik. Kalau tak silap saya keow tiaw kerang dah naik 50 sen dah! Tu nak bayar rumah lagi, nak bayar installment kereta lagi? Maknanya rakyat perpendapatan sederhana sekarang dah jadi rakyat miskin.

Di Singapura tak ada subsidi minyak tapi walaupun minyak naik rakyat tak susah kerana taraf hidup dan pendapatan mereka ikut naik. Di sana tak ada kereta pun tak apa kerana pengankutan awam lagi senang daripada bawa kereta.Tapi kebelakangan ini taraf hidup rakyat Malaysia tak berubah atau turun. Ekonomi meleset.

Wajarlah Kerajaan kita yang prihatin tunggu pendapatan rakyat naik dahulu barulah minyak dinaikkan mengikut keupayaan rakyat.Satu satunya cara majority rakyat yang tak mampu menangung kenaikan minyak sekarang ini ialah menggunakan kad kredit untuk menangung kenaikan tersebut. Akibatnya banyak rumah yang akan kena lelong, Banyak kereta yang akan kena lelong, Pasal apa? Pasal kena sue bangkrapsi oleh bank yang memberikan kemudahan kad kredit.-- Berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog :
http://perisikrakya t1.blogspot. com/"

WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Tuesday, July 8, 2008

Isu Himpunan Protes 678


Isu Himpunan Protes, Dr Hatta beri penjelasan

Intan Abdullah Wed Jul 09, 08 11:33:30 am MYT

KUALA LUMPUR,9 Julai (Hrkh) -Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Protes Turun Sejuta Rakyat, Dr Hatta Ramli menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada semua penyokong Pakatan Rakyat atas insiden yang berlaku dalam himpunan tersebut.

"Sebagai penganjur, saya memohon maaf kiranya ada yang tidak menepati kehendak dan selera peserta Himpunan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di lobi parlimen semalam.
Sungguhpun begitu, beliau menjelaskan bahawa pihak Protes telah pun menyediakan garis panduan bagi memastikan program tersebut dijalankan secara tertib serta mencapai matlamat.

Mengulas mengenai insiden penyanyi kumpulan Carburator Dung, Alak, Hatta berkata pengerusi program persembahan, Hishamuddin Rais telah memohon maaf secara terbuka sebaik sahaja situasi tersebut berakhir.

"Kita telah berjaya mengawal rasa tidak senang yang timbul apabila Hishamudin mengambil tanggungjawab menyatakan permohonan maaf atas apa yang berlaku," katanya.
Apa yang penting ujarnya, Protes dianjurkan meliputi seluruh lapisan rakyat yang mencakupi pelbagai latar belakang bangsa, agama dan minat.

"Ini isu rakyat, dengan sebab itu kita menyediakan pelbagai program seperti tarian singa, tarian gendang, dikir barat dan sebagainya.

"Tetapi kumpulan dikir barat dan nasyid telah menarik diri pada saat akhir dengan alasan pengumuman kerajaan bahawa perhimpunan tersebut dianggap sebagai tidak mendapat permit," ujarnya lagi.

Sungguhpun begitu, Hatta yang juga merupakan Bendahari PAS menegaskan bahawa agenda lain berjalan lancar setelah keadaan kembali tenang terutamanya acara kemuncak Himpunan iaitu Ceramah Perdana pemimpin Pakatan Rakyat pada sebelah malam.

Beliau turut melahirkan kekesalan serta kecewa dengan tindakan pihak berkuasa iaitu polis dan tentera yang melancarkan kempen antimidasi (gangguan).

"Mereka membuat pengumuman tentang latihan bersama antara tentera dan polis di premis perhimpunan dirancangkan, serta mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di seluruh jalan menuju ke lokasi perhimpunan.

"Ia secara tidak langsung telah menjejaskan kehadiran pengunjung yang berhasrat mahu menunjukkan rasa protes pada isu kenaikan harga minyak.

"Inilah perhimpunan yang terbesar berjaya dianjurkan Protes selepas siri-siri perhimpunan Protes sebelum ini dibuat di beberapa premis," katanya.

Hatta juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan terlibat dalam menjayakan program tersebut. - mks._

PROTES JALANRAYA DAN PROTES STADIUM


Pada 6hb. Julai 2008, sejarah tidak dapat dicipta. Perhimpunan rakyat tidak dapat memobilisasi 1 juta rakyat mahupun tidak dapat mengatasi angka yang dicapai semasa perhimpunan BERSIH pada 10hb. November 2007 mahupun perhimpunan HINDRAF pada 25hb. November 2007. Malah dua-dua perhimpunan tadi tidak diadakan dalam stadium malah kedua perhimpunan tersebut digertak lebih teruk daripada perhimpunan PROTES malah sekatan jalan pun lebih banyak, lebih menyusahkan orang dan tindakan polis pula lebih zalim dan lebih keras.

Namun perhimpunan PROTES berjaya memobilisasi lebih kurang 35 ribu orang pada waktu malam dan ini tidak termasuk lebihkurang 10 hingga 15 ribu disebelah pagi. Jika dijumlahkan, maka ia mungkin dapat mencapai angka 50 ribu. Iaitu kurang 950 ribu untuk mencapai angka satu juta. Memang angka satu juta adalah sesuatu yang mustahil. Di bandaraya Bangkok dan Jakarta yang mempunyai populasi yang jauh lebih besar dari Kuala Lumpur pun, mereka tidak mampu memobilisasi 1 juta orang apatah lagi Bandaraya Kuala Lumpur yang populasinya sekitar 1.5juta orang. Oleh yang demikian, angka satu juta yang diperli oleh Najib sememangnya satu angka yang tidak realistik dan sesuatu yang tidak dapat dicapai.

Ini mungkin pengajaran kepada beberapa pihak yang suka kepada permainan nombor padahal mereka sendiri tidak mempunyai kemampuan untuk memobilisasi orang sejumlah itu. Saya pernah mengatakan sebelum ini dalam satu wawancara dengan majalah Greenleft bahawa jika kita mencapai angka 100,000, itu sudah cukup hebat dan angka satu juta adalah sesuatu yang tidak realistik malah andaikata kita dapat memobilisasi satu juta rakyat maka pada hakikatnya ia adalah suatu kuasa yang cukup besar untuk memperlihatkan kejatuhan mana-mana kerajaan. Kita dapat melihat angka-angka sedemikian semasa Revolusi Iran, People Power di Philippines dan semasa kejatuhan Blok-blok Kiri pada tahun 1989-90.

Penganjur PROTES telah menerima kecaman pelbagai pihak kerana menukar tempat perhimpunan iaitu dari KLCC ke Padang Timur, kemudian dari padang Timur ke Stadium Kelana Jaya. Rata-rata sms dan pelbagai reaksi rakyat pada 6hb. Julai 2008 memperlihatkan mereka tidak puas hati dengan keputusan ini. Ada yang berpendapat, polis berjaya mengertak kita, ada yang berpendapat setelah menang 5 negeri, kita sudah jadi takut malah kritikan yang paling tajam adalah kuasa sudah naik di kepala pemimpin-pemimpin kita, sehingga mereka tidak lagi mempercayai kuasa rakyat. Mereka lebih sedia akur kepda kemahuan polis.

Pertukaran tempat dari Padang Timur ke Stadium diambil oleh kepimpinan Pakatan Rakyat dua hari sebelum tarikh perhimpunan. Keputusan ini diambil dalam satu mesyauarat yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim sendiri. Mesyuarat tersebut yang turut disertai oleh kepimpinan PAS dan pimpinan DAP , Lim Kit Siang mengambil keputusan untuk menukar tempat kerana terdapat ancaman bahawa jika ia diteruskan, maka alasan pemerintah untuk menggunakan darurat memang "real". Tedapat juga pandangan bahawa perhimpunan itu akan disabotaj dan kesannya darurat akan diistiharkan. Selain daripada itu, Ketua Polis negeri juga ada mengadakan perjumpaan dengan MB Selangor meminta tempat ditukar.

Maka keputusan berpindah telah diambil oleh kepimpinan Pakatan Rakyat dan keputusan ini telah disampaikan kepada penganjur Protes. Protes pula telah mengadakan mesyuarat dan setelah panjang lebar setuju untuk menukar ke Stadium. Walaupun ada pihak yang membangkang terutamanya JERIT, Pemuda PAS, SUARAM dan PSM tetapi majoritinya bersetuju dan keputusan consensus adalah berpindah ke Stadium.

Dua isu pokok yang diambil kira adalah tidak mahu perhimpunan ini dikambinghitamkan sebagai penyebab untuk darurat dan isu mobilisasi. Tidak boleh dinafikan bahawa Pakatan rakyat adalah pihak dan kuasa yang mempunyai machinery jentera memobilisasi rakyat. Orang-orang seperti Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang adalah nama-nama yang boleh memobilisasi massa. Selain daripada itu, nampaknya juga Kerajaan negeri Selangor pun lebih setuju untuk program diadakan di Stadium daripada Padang Timur. Ini merupakan faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh JK Protes untuk akur kepada Keputusan Pakatan Rakyat walaupun ada juga pihak membidas bahawa Gabungan PROTES sebenarnya lebih besar daripada Pakatan Rakyat dan tidak perlu mengikut arahan PR. Walauapapun debat, hakikat adalah kuasa memoboilisasi massa terletak di tangan PR terutamnaya PAS yang mempunyai jentera untuk memobiliasai massa.

Namun apa yang gagal difahami oleh kita ialah mood dan perasaan rakyat. Rata-rata mereka yang datang ke Stadium Kelana Jaya merasa bosan dan mahukan aksi massa. Apabila Kohila dari JERIT dalam ucapannya mengatakan bahawa ini adalah kali pertama dan terakhir kita akan protes dalam stadium, beliau mendapat sambutan yang begitu hangat sekali. Mesej yang sama setiap kali mendapat sambutan yang hangat apabila Athirah –Dewan Muslimat PAS, Mat Sabu dan saya mengatakan bahawa protes selepas ini mesti buat di luar.

Mungkinkah kita semua gagal membaca mood rakyat atau tidak meletakkan harapan kepada kuasa rakyat. Memang dalam pilihanraya yang lalu pun, pembangkang tidak pernah menduga akan menang besar sehingga dapat mengondol lima negeri. Malah konsep pakatan rakyat adalah satu desakan dari rakyat agar pembangkang bersatu dibawah satu pakatan kuat untuk melawan BN.

Kebelakangan ini, kita dihantui oleh cerita mengenai darurat, ISA dan penangkapan Anwar dan sebagainya. Bagaimana kita hendak mengatasi isu-isu ini. Adakah kita akan terus mengharapkan mahkamah untuk memberikan kita keadilan, polis untuk membuat siasatan rapi dan pihak BPR dan KDN untuk bertindak. Apakah masa depan negara kita terletak ditangan institusi –institusi ini atau adakah kuasa dan harapan kita terletak ditangan rakyat.
Rakyat Korea dan Phippinnes berjaya berdepan denagan darurat sehingga kerajaaan zalim dinegara mereka dapat ditukar. Adakah di Malaysia, kepimpinan Pakatan Raktyat percaya kepada kuasa rakyat atau percaya kepada seorang dua individu untuk membuat keputusan untuk semua.

Kalau kita percaya kepada kuasa rakyat maka adalah amat penting untuk kita menyediakan rakyat untuk berjuang dan berdepan dengan cabaran-cabaran yang mungkin timbul seperti darurat. Kalau kita percaya kepada kuasa rakyat , maka rakyat mesti menjadi senjata paling penting untuk membawa perubahan. Kuasa Rakyat tidak boleh sekali-kali dikompromi. Rakyat harus menjadi agen perubahan utama dan bukan hanya sekadar penonton di Stadium.

Arul
PSM
1.20am 8 Julai 2008

Friday, July 4, 2008

Perhimpunan berpindah ke Stadium Kelana Jaya


Jimadie Shah Othman(Malaysiakini)

Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad ini yang dijadual diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar ke Stadium Kelana Jaya.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Angkatan Muka PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut Shamsul, perubahan tempat ini diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Difahamkan mesyuarat tersebut diadakan di rumah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut.

Stadium Kelana Jaya boleh memuatkan 50,000 tempat duduk. Manakala padangnya pula boleh memuatkan jumlah hadirin yang sama.

Penyelaras Protes Dr. Hatta Ramli ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tempat itu tetapi belum mahu menjelaskan butiran lanjut perkara itu.

Semalam, Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Katanya, beliau telah menasihatkan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan.Menurutnya lagi, jika masih ingin meneruskannya, ia boleh dipindahkan ke lokasi lebih sesuai seperti Stadium Shah Alam atau Stadium Malawati, juga di Shah Alam.

New venue for July 6 protest

The ‘one million people’ protest which was previously scheduled to be held at Padang Timur, Petaling Jaya on July 6 has been moved to the Kelana Jaya stadium.

According to PKR Youth Chief Shamsul Iskandar Mohd Akin, the decision to relocate was made during a party meeting held last night.

It is believed that the meeting was held at PKR de facto leader Anwar Ibrahim’s residence in Bukit Segambut. Organisers said that the protest will kick off this Sunday at 10am.
The Kelana Jaya stadium has some 50,000 seats and its field can also accommodate the same number of people. [See map above]

When contacted, Anti-Inflation Coalition (Protes) secretary Dr Hatta Ramli also confirmed new the relocation.

The gathering has originally been planned at a football field in Petaling Jaya, as the culmination of a series of demonstrations triggered by a 41 percent fuel price hike last month.

Organisers fear that the police may seal off surrounding roads to the open field.
Police on Thursday warned the public not to take part in the rally, saying "action can be taken" on those defying the ban.

Hatta criticised the ban and said it was an attempt to intimidate the public and justify the use of "extreme force" to disperse protesters.

"In a way, the people will be intimidated as police will use extreme force to clear us. But our target to gather one million people remains," he said.Rare joint police-military exercise
Hatta said Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi was anxious to suppress the gathering, which would escalate pressure for him to stand down after poor election results in March.

He also denounced unusual moves to deploy the military to maintain public order, after the police chief said the armed forces could assist police in future and that the two security wings were conducting a rare joint exercise.

"Has the government lost control of the situation? Is the country in a crisis, that the military has to be called to maintain public order," Hatta said.

Amnesty International's Malaysia branch criticised the proposal to draft in the military as "highly improper" and said it could worsen human rights violations in Malaysia.
The rights watchdog said the proposed joint action could create confusion in the chain of command, and lead to unnecessary aggression that could result in fatal injuries.
Police sources said the last time the military was deployed to maintain public order was during deadly racial riots on May 13, 1969.

Makluman Perubahan Tempat

Mari berhimpun beramai-ramai di Kelana Jaya, Ahad ini - Pakatan Rakyat

Anis Nazri Fri Jul 04, 08 4:23:03 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - "Pakatan Rakyat berpandangan rakyat perlu diberikan ruang untuk mengeluarkan pendapat dan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak dengan begitu drastik tanpa alasan kukuh," kata pemimpin Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Rakyat juga diseru agar menyertai perhimpunan aman pada hari 6 Julai ini dan dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan provokasi pihak luar.
Pakatan Rakyat juga memaklumkan bahawa perubahan lokasi perhimpunan bantah kenaikan harga minyak dilakukan atas nasihat pimpinan Pakatan Rakyat, yang diputuskan selepas mesyuarat di rumah Anwar Ibrahim, semalam.

Menurut kenyataan bersama Setiausaha Agung parti komponen Pakatan Rakyat, pertukaran lokasi tersebut dilihat berdasarkan perkembangan suasana politik semasa.
Kenyataan media itu ditandatangani Anwar, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; dan Setiausaha Agung KeADILan, Datuk Salehudin Hashim.
Sementara itu, jurucakap Protes, Moon Hoi, ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tersebut, bagaimanapun pengisian program tersebut tidak berubah.

Pelbagai program akan diadakan, termasuk solat hajat perdana selepas Isyak yang dijangka akan diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Seri Nik Abd Aziz Nik Mat.
Difahamkan, selain Anwar, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah mengesahkan untuk turut serta dalam perhimpunan itu. - mr_

Wednesday, July 2, 2008

Protes mahu Suhakam pantau perhimpunan 6 Julai

Dari Malaysiakini

Gabungan Anti-Inflasi (Protes) akan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), meminta pesuruhjayanya hadir dan memantau perhimpunan aman anjuran Protes, membantah kenaikan harga minyak pada 6 Julai ini.

Katanya, ia selaras dengan hak untuk mengadakan perhimpunan secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perhimpunan tersebut akan diadakan di Padang Timur , Petaling Jaya, Selangor.

Menurut satu kenyataan Protes, memorandum tersebut akan diserahkan kepada Suhakam pada jam 12 tengahari esok.

Pada mula perhimpunan tersebut dirancag di adakan di KLCC pada 5 Julai.

Bagaimanapun, tempatnya kemudiannya ditukar di Jalan Timur, Petaling Jaya pada hari berikutnya - 6 Julai - supaya lebih ramai rakyat menyertainya.

Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli sebelum ini dilaporkan berkata, kawasan tersebut dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes.

Beliau juga dilaporkan berkata, kawasan itu juga, amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya.

Orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.

Pihak penganjur mensasarkan untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes tesebut, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Dianggarkan 3,500 petugas akan membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

KENYATAAN MEDIA PROTES

PROTES SEJUTA RAKYAT
TURUN 6.7.08


Sekretariat PROTES telah menerima pelbagai pertanyaan daripada ramai pihak berhubung dengan konsep himpunan dan acara-acara yang akan berlangsung pada hari Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat TURUN 6 Julai 2008 nanti.

Oleh sebab itu, PROTES ingin menjelaskan kepada semua bahawa konsep bagi himpunan itu TIDAK BANYAK BERBEZA dengan himpunan-himpunan yang pernah dianjurkan oleh PROTES sebelum ini. Memang ada sedikit perbezaan di sudut method, kronologi serta pengisian himpunan kerana Himpunan Aman 678 ini dilihat lebih tersusun dan terprogram dengan baik.

Walau bagaimanapun adalah tidak benar sama sekali tanggapan ataupun “usikan nakal” beberapa pihak bahawa kononnya himpunan tersebut telah berubah menjadi sebuah program konsert ataupun hiburan semata-mata sehingga mengkesampingkan agenda utama PROTES yakni keprihatinan kita terhadap derita dan jerit perih rakyat.

PROTES juga tidak menafikan bahawa sepanjang tempoh himpunan itu nanti adanya slot pengisian dalam bentuk hiburan. Tetapi ianya hanyalah sebagai interlude dan prelude kepada setiap acara pra-puncak bagi himpunan itu nanti.

PROTES juga telah berbincang dengan Jawatankuasa Kecil Pengisian program berhubung bentuk-bentuk hiburan yang diberi keutamaan pada hari tersebut. Kita akan memberi keutamaan kepada hiburan bersifat kritik sosial insan-insan seni terhadap pihak pemerintah memandangkan kelompok ini secara percuma telah menawarkan diri mereka untuk turut menyumbang dalam acara bersejarah PROTES RAKYAT pada 6.7.08 itu.

Selain itu, persembahan drum India dan drum Cina, persembahan kompang, nasyid, dikir barat dan lagu-lagu politik juga akan turut mengambil tempat bagi mencuri perhatian rakyat. Solat Hajat Perdana juga akan diadakan selepas solat maghrib khusus kepada para peserta yang beragama Islam sebagai munajat kita kepada Allah agar memberi keselamatan kepada seluruh rakyat negara ini daripada kezaliman tangan-tangan pemerintah.

Justeru PROTES percaya bahawa antara yang membezakan himpunan pada kali ini dengan yang sebelumnya ialah di sudut tempoh masa bagi rakyat atau para peserta berhimpun. Di mana PROTES meletakkan anggaran masa dari jam 10.00 pagi sehingga acara ke sebelah malam.

Walau bagaimanapun, PROTES menegaskan bahawa semua acara tersebut adalah penting dan para peserta dinasihati agar hadir sepanjang hari sebagai tanda solidariti rakyat yang mahu agar suara mereka yakni SUARA RAKYAT didengar oleh pihak kerajaan. Kita mahu bukan setakat suara PROTES Rakyat itu didengar tetapi juga mesti difahami dan dirasai oleh regim pemerintah.

Justeru itulah maka konsep Himpunan 6.7.08 ini bukan bersifat “touch and go” sepertimana lazimnya. Tetapi kita mahu menghimpun rakyat pada jangka masa yang lebih panjang bagi membolehkan maklumat penerangan berkaitan “Minyak Negara” yang sepatutnya menjadi harta rakyat jelata dapat difahami dengan sebaiknya oleh semua pihak.

PROTES percaya bahawa himpunan ini merupakan satu bentuk pendidikan dan penerangan kepada rakyat. Ia bukan satu ancaman terhadap keselamatan negara dan kerajaan wajar menyambut baik usaha mendidik rakyat. Pendidikan ini adalah cabaran kepada kerajaan yakni cabaran dalam bentuk intelektual ; ilmu dan maklumat.

PROTES memberi komitmen kepada pihak berkuasa polis bahawa seluruh Himpunan 6.7.08 tersebut akan dimulakan, berlangsung dan berakhir secara aman.

Sehubungan dengan itu, PROTES sekali lagi menggesa seluruh rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak ini tanpa mengira ideologi politik masing-masing agar TURUN pada 6.7.2008 (678) nanti untuk menunjukkan protes mereka yakni “Protes Rakyat” atas tindakan tidak berperi kemanusiaan pihak pemerintah.


Hormat Daripada,

SEKRETARIAT PROTES


2 Julai 2008, Rabu
Kuala Lumpur

Tuesday, July 1, 2008

Pakatan: Teruskan Protes 6 Julai

Dari Malaysiakini

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan tuduhan panas, Pakatan Rakyat menggesa semua pihak menumpukan isu kenaikan harga minyak - khususnya menyertai perhimpunan bantahan Ahad ini.

"Kami menyeru rakyat Malaysia agar tidak hilang fokus terhadap permasalahan sebenar yang memberikan kesan kepada kehidupan harian iaitu kenaikan harga minyak yang telah dibuat tanpa kewajaran," kata tiga pemimpin utama PKR, DAP dan PAS.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 raja lautDalam kenyataan bersama hari ini, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata pakatan itu "mengulangi sokongan penuh" kepada kegiatan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes).

Gabungan badan bukan kerajaan dan parti pembangkang itu akan berkumpul 10 pagi 6 Julai di Padang Timur, Petaling Jaya - di depan kompleks membeli-belah Amcorp Mall - sehingga malam untuk mendesak kerajaan menurunkan harga minyak yang dinaikkan awal bulan ini.

"Pakatan Rakyat akan turut hadir bersama gabungan Protes ... untuk memberi sokongan penuh kepada rakyat," kata mereka.

Tambah kenyataan itu, Pakatan percaya bahawa laporan polis yang mendakwa penasihat PKR meliwat seorang pembantunya "tidak lebih daripada pengulangan pertuduhan tahun 1998 bagi menghancurkan karier politiknya".

wan azizah pc on anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608 01"Ia dilakukan sebagai tindak balas kepada kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat," kata mereka.

Ketiga-tiga ahli parlimen itu juga mengulangi kebimbangan Anwar semalam bahawa nyawanya dalam keadaan terancam.

"Anwar juga percaya terdapat cubaan yang mengancam nyawa beliau sehingga memaksa beliau meminta perlindungan di kedutaan negara luar.

"Pihak berkuasa perlu mengambil segala tindakan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan beliau dan memberikan peluang sewajarnya untuk beliau mempertahankan diri bagi dakwaan kali ini," tambah mereka lagi.

Perbicaraan sedekad lalu, kata mereka, menyebabkan "kredibiliti kerajaan pusat akan hilang di mata rakyat, keyakinan pelabur akan terjejas dan nama Malaysia di mata dunia akan tercemar."

"Oleh itu kami menyeru agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap dakwaan ini," kata Dr Wan Azizah Lim dan Nasharudin lagi.